Semalam saya ada membaca sebuah buku bertajuk “11 Wasiat Rasulullah s.a.w untuk Wanita Solehah”. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tergerak membaca buku tersebut…tetapi itu lah yang terjadi. Mungkin kerana terlalu bosan duduk dirumah menonton TV dan melayari internet. Lalu saya mencapai buku tersebut yang sudah berhabuk terselit diatas rak buku di bilik saya.
Disini saya ingin berkongsi salah satu topik yang menarik perhatian saya di dalam buku tersebut iaitu “Tentang Jiwa yang Kotor”. Bila ternampak je topik tersebut saya terus bersemangat untuk membaca topik tersebut sehingga selesai. Sebab..? sebabnya saya rasa hati saya atau jiwa saya ni memang kotor…buktinya…? Antara buktinya ialah saya dapat rasakan segala amal ibadah saya seolah-olah kosong…tiada hasil… Jika sahabat-sahabat diluar ketika beramal soleh dapat merasakan kemanisan iman tetapi saya tidak merasai itu semua. Hati ni memang sedih dan risau bila kita dapat rasa macam tu…Risau amal ibadah yang dilakukan selama ini tidak diterima Allah…yang dapat hanyalah penat…Na’uzubillahiminzalik..
Bila selesai baca buku tersebut, baru lah saya sedari antara faktor-faktor membuatkan jiwa seseorang itu kotor. Seperti yang diketahui semua sahabat diluar sana, ada 2 macam penyakit yang mengganggu manusia.
Pertama, penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani seperti demam, batuk, selsema, sakit perut dan sebagainya. Penyakit kedua ialah penyakit rohaniah yang lebih teruk penyakit yang pertama kerana ia penyakit yang tidak dapat dilihat dan dirasai. Jika penyakit yang pertama ubatnya boleh kita beli dan dapatkan dari doktor atau pun farmasi tetapi penyakit rohaniah ini hanya boleh diubati dengan mensucikan jiwa sendiri dengan mengamalkan dan menghayati petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh agama, baik Allah dan Rasul-Nya.
Dalam satu hadis di jelaskan Rasulullah S.A.W sebagai berikut:
” Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh sesuatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: “Apakah penyakit umat itu? Nabi menjawab: “1. Kufur Nikmat 2.Sombong 3.Tamak 4.Berlumba-lumba 5.Benci-membenci 6. Dengki mendengki sehingga melampaui batas (berlaku kejam) dan kemudian bunuh membunuh”. (HR. Ibnu Abid Dunya)
Pergh…bila terbaca je hadis tersebut..baru lah saya tahu punca berlaku jiwa yang kotor.