Bismillah..
Assalamua’laikum w.b.t
” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’
Blog ini adalah blog pertama yang dihasilkan oleh saya dengan bantuan sahabat saya iaitu En. Syukri (PakarHowTo.com) yang merupakan seorang blogger dan juga merupakan bos saya di tempat kami bekerja. Senang cerita ialah sifu saya la dalam penulisan blog ni..(al-maklum la..baru nak berjinak2 dgn blog ni..)
- Tujuan pertama saya menghasilkan blog ini adalah ingin menjadikan ia suatu wadah atau tempat perkongsian ilmu melalui luahan perkongsian artikel dan juga perbincangann ilmu bersama pembaca.
- Tujuan kedua ialah sebagai medium atau pusat pengumpulan maklumat dan juga rujukan kepada semua pembaca.
- Tujuan yang paling utama sudah tentu merujuk kembali kepada hadis diatas iaitu kerana Allah s.w.t (insyaAllah…)


Senyum khalifah.
Senyum Khalifah adalah gabungan 2 perkataan yang biasa didengar oleh semua lapisan masyarakat. Senyum adalah simbolik atau perlakuan (tindak balas) seseorang yang mempamerkan atau memperlihatkan perasaan terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian.
Khalifah menurut bahasa bererti, menggantikan atau menempati tempatnya atau adalah orang yang datang setelah orang lain lalu menggantikan tempatnya.
Dalam pengertian syara’ Khalifah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi SAW dalam kepimpinan negara islam. Khilafah adalah kepimpinan umum bagi kaum muslimin seluruhnya di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariah islam dan mengembagkan dakwah islamiyah ke seluruh dunia.
Kesimpulannya khalifah adalah seseorang yang mempunyai keperibadian tertentu dalam urusan pentadbiran sama ada diri sendiri,keluarga serta masyarakat dan membuat penerapan hukum-hukum syara’).
Bagi mendapatkan penjelasan yang mendalam, anda disarankan supaya membaca buku-buku yang berkaitan seperti buku yang dikarang oleh Dr. ; Dr. Wahbah az-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, IX/823)
Oleh itu Senyum Khalifah merujuk kepada pengalaman atau catatan seseorang individu didalam kehidupan harian menghadapi warna-warna kehidupan dengan penuh Ridha dan Kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Di harap dengan kehadiran blog ini, ia dapat menjadi suatu medium perkongsian ilmu, luahan hati dan pengalaman kepada semua pembaca.
Di.