Archive for May, 2010

Kenapa perlu ada medical card

May 9th, 2010

Assalamua’laikum w.b.t

Malam jumaat yang lepas saya ada membuka satu blog senior agent saya En.Aziz Riadi dari Al-Isra’ Associates Sdn Bhd. Dalam blog beliau ada satu artikal yang menarik perhatian saya. Berkenaan medical card. Maklum la…ramai kawan-kawan saya kat luar tu bila saya buat presentation mereka akan bertanya “apa guna medical card? apa beza dgn insuran?”

Mari sama-sama baca artikal kat bawah ni:

Assalamualaikum…

Tentu ramai antara kita yang bertanya.. apabenda medical card ni?ok… medical card ini boleh dikatakan sebagai tools/alat untuk melindungi pendapatan atau saving anda dari digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital swasta. tetapi ada satu lagi pertanyaan lazim… “kenapa hospital panel, hospital kerajaan tak boleh ke?”…hehehe..

sebenarnya..medical card boleh digunakan di hospital kerajaan.. tetapi ianya berkonsep.. bayar dahulu dan claim kemudian… kalo guna di hospital panel.. just show them and say .. ” this is my card”..hehehe.. then tak perlu ambil nombor.. tunggu dalam setengah jam untuk pengesahan online..then terima rawatan 1st class…amacam?.. pilih mana yang anda mahu.. rawatan cepat dan terbaik atau rawatan tunggu que dan kena bayar dulu?..

Jadi anda tanya diri anda.. saving tiap2 bulan untuk apa?.. sudah semestinya kes emergency merupakan priority dalam perancangan kewangan kita.. apa itu emergency?

- untuk digunakan jika tiba-tiba anak anda sakit, perlu masuk hospital, itu emergency kan?

-untuk guna jika tiba-tiba anda demam denggi, kena masuk ward 5 hari?

- untuk guna jika tiba-tiba tayar kereta meletup, perlu tukar segera
- untuk bayar kos perubatan sekiranya menghidap penyakit yang tidak diduga

Jadi kenapa nak korbankan wang simpanan/asb untuk kes kes emergency sebegini sedangkan ada banyak lagi tujuan kita menyimpan.. nak beli rumah laa.. pendidikan untuk anak2 laa..nak beli kereta Honda Accord laa.. Tv 99″ laa.. banyak lagi.. jangan korbankan impian anda..realisasikan impian masa depan anda dengan memiliki Medical Card yang bernilai RM150k sehingga RM450k… dan menerima rawatan terbaik di hospital panel PruBSN yang terbaik dari segi rawatan dan servis..

Katakan u simpan RM200 sebulan dalam saving utk semua purpose.. pendidikan,persaraan,emergency dan lain… once “lightning strike”.. kesemua ini akan hilang..ntah ntah siap berhutang lagi…

Tapi sekiranya anda bijak memilih untuk menyertai Takafulink… everything yang u all dah plan takkan terganggu and you can enjoy your life without worrying about your medical treatment cost.. plus… u sudah ada… Saving (takaful saver) + your own saving + medical card + elaun sakit ++++++… pick you choice bro…

Renung-renungkan dan selamatt beramal…(^_^)medical-card

Tentang Jiwa yang Kotor

May 7th, 2010

Semalam saya ada membaca sebuah buku bertajuk “11 Wasiat Rasulullah s.a.w untuk Wanita Solehah”.  Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tergerak membaca buku tersebut…tetapi itu lah yang terjadi. Mungkin kerana terlalu bosan duduk dirumah menonton TV dan melayari internet. Lalu saya mencapai buku tersebut yang sudah berhabuk terselit diatas rak buku di bilik saya.

Disini saya ingin berkongsi salah satu topik yang menarik perhatian saya di dalam buku tersebut iaitu “Tentang Jiwa yang Kotor”. Bila ternampak je topik tersebut saya terus bersemangat untuk membaca topik tersebut sehingga selesai. Sebab..? sebabnya saya rasa hati saya atau jiwa saya ni memang kotor…buktinya…? Antara buktinya ialah saya dapat rasakan segala amal ibadah saya seolah-olah kosong…tiada hasil… Jika sahabat-sahabat diluar ketika beramal soleh dapat merasakan kemanisan iman tetapi saya tidak merasai itu semua.  Hati ni memang sedih dan risau bila kita dapat rasa macam tu…Risau amal ibadah yang dilakukan selama ini tidak diterima Allah…yang dapat hanyalah penat…Na’uzubillahiminzalik..

Bila selesai baca buku tersebut, baru lah saya sedari antara faktor-faktor membuatkan jiwa seseorang itu kotor. Seperti yang diketahui semua sahabat diluar sana,  ada 2 macam penyakit yang mengganggu manusia.

Pertama, penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani seperti demam, batuk, selsema, sakit perut dan sebagainya. Penyakit kedua ialah penyakit rohaniah yang lebih teruk penyakit yang pertama kerana ia penyakit yang tidak dapat dilihat dan dirasai. Jika penyakit yang pertama ubatnya boleh kita beli dan dapatkan dari doktor atau pun farmasi tetapi penyakit rohaniah ini hanya boleh diubati dengan mensucikan jiwa sendiri dengan mengamalkan dan menghayati petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh agama, baik Allah dan Rasul-Nya.

Dalam satu hadis di jelaskan Rasulullah S.A.W sebagai berikut:

” Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh sesuatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: “Apakah penyakit umat itu? Nabi menjawab: “1. Kufur Nikmat 2.Sombong 3.Tamak 4.Berlumba-lumba 5.Benci-membenci 6. Dengki mendengki sehingga melampaui batas (berlaku kejam) dan kemudian bunuh membunuh”. (HR. Ibnu Abid Dunya)

Pergh…bila terbaca je hadis tersebut..baru lah saya tahu punca berlaku jiwa yang kotor. vista21_small